Saturday, 20 February 2010
Friday, 19 February 2010
step forward
Assalamualaikum. Setelah tersedar dari igauan, akhirnya kembali jua mood untuk mencoret. Batu balai kembali. Alhamdulillah segalanya semakin bertambah, dari harta hinggalah ke anak-pinak. Syukur kepadaNya. Dalam beberapa hari yang lepas, 2 3 orang kerakyatan warga batu balai telah bertambah. Bermula dengan perkahwinan, imigran ada juga pertambahan secara natural. Dalam cuti sempena Chinese New Year yang lalu, ramai diantara warga batu balai mengambil kesempatan untuk mendirikan rumah tangga. Pun begitu, masih ramai yang memegang status sebagai ‘wajib’ untuk berkahwin. Seingat hamba, ada 3 perkahwinan berlangsung, sorila kalau-kalau tersalah kira. Dan ucapan tahniah kepada yang mendirikan rumahtangga. Tidak lupa jua kepada warga2 imigran dari oversea, tahniah jua kerana diizinkan tanpa kerelaan untuk menetap di bumi batu balai. Diingatkan, sila berangkat setelah selesai mencari rezeki.hehe... tahniah blako.
Posted by budak_baik at 01:54 0 comments