Friday, 6 August 2010

musim buah

bermulanya musim buah. alhamdulillah, sekarang ini merupakan musim buah bagi kawasan jajahan mukim ulu cheka n termasuklah kawasan desa batu balai. buat masa ini, beberapa produk pokok kayu, sedang memuncak kemasakannya. dengar khabarnya, tidak semua kawasan tanaman yg menjadi pada tahun ini. bagi kawasan batu balai sendiri, musim tahun ini merupakan nikmat yg diberikan oleh Allah selepas hampir tiga tahun tanaman kayu, (buah kayu) tidak menjadi. syukur diatasnya. berikut antara harga pasaran rm/kg:

dokong Rm 1.30 -1.50
duku Rm 1.20 - 1.50
rambutan (anak sekolah) Rm 0.60
manggis Rm 0.70

*harga bagi setiap pembelian melebihi 100kg. biasanya yg dibayar oleh pemborong.pic, di update kemudian..

Tuesday, 25 May 2010

cap ayam

berbekalkan sebuah jentera yg tidak pernah kecundang di medan peperangan, semestinya ia menjadi sebutan dalam kalangan warga rempit-rempit dunia khususnya. sebelum teslebih kata, izinkan hamba mencoret disini. jentera di atas merupakan jentera yg digunakan dalam setiap cup prix yg di anjurkan di malaysia khususnya dan di asia amnya. menjadi kebanggan rakyat jelata, sebuah jentera yg sudah berkarat ini mampu mengalahkan jentera-jentera yg bermodal besar as a petronas shell AHM dan sebagainya.hahaha

konggo land






kem of batu balai







zoo of batu balai

bagi mengisi masa yang terluang, sebaiknya hamba gunakanya untuk mengenali dengan lebih dengan apa yg ada di kampung hamba ini. berbekalkan sebuah canon dslr 100d yg di pinjam, hamba memulakan perjalanan. singgahan hamba yg pertama " kem of batu balai'' dengan penuh yakin bak sang hero pabila mendapat sebilah pedang, hamba mula mengshot. tembakan demi tembakan dan inilah hasilnya; semasa di Zoo Of Batu Balai..


murai batu

ayam poland

angsa burma..hehe

merpati singa

merak india


ayam mutiara


Saturday, 20 February 2010

tanah

ladang pertanian...




Friday, 19 February 2010

step forward

Assalamualaikum. Setelah tersedar dari igauan, akhirnya kembali jua mood untuk mencoret. Batu balai kembali. Alhamdulillah segalanya semakin bertambah, dari harta hinggalah ke anak-pinak. Syukur kepadaNya. Dalam beberapa hari yang lepas, 2 3 orang kerakyatan warga batu balai telah bertambah. Bermula dengan perkahwinan, imigran ada juga pertambahan secara natural. Dalam cuti sempena Chinese New Year yang lalu, ramai diantara warga batu balai mengambil kesempatan untuk mendirikan rumah tangga. Pun begitu, masih ramai yang memegang status sebagai ‘wajib’ untuk berkahwin. Seingat hamba, ada 3 perkahwinan berlangsung, sorila kalau-kalau tersalah kira. Dan ucapan tahniah kepada yang mendirikan rumahtangga. Tidak lupa jua kepada warga2 imigran dari oversea, tahniah jua kerana diizinkan tanpa kerelaan untuk menetap di bumi batu balai. Diingatkan, sila berangkat setelah selesai mencari rezeki.hehe... tahniah blako.