Wednesday 29 December 2010

salary

macam2. orang kampung skang ni duk bergembira ngn harga getah cam emas tulen. mana taknya, sekilo dh nk dekat rm 7.oo. aku duk kira-kira pukul rata income sorg rubbertapper skang ni dh 2-3 ribu sebulan. tu kira2 minima jela. lau maksima? sapa nk kira. ringkasnya, yg duk bekerja kt luaq tu sesekali balik kampung xleh dah nk tunjuk lagak kaya2 sambil sedut dunhill bebas cukai.dalam duk asyik bergembira tu ade plak la cerita yg sedih lagi tragis..kes jenayah mencuri getah pun dh increase. ..bodoh punya pencuri. mai sini aku nk stori sikit. angpa tak kesian ka kat pakcik2 makcik yg menoreh cam nk mati nk dptkn duet? yg hampa suma dk p curik tu wt apa. mak bapak hangpa x ajaq ka? atau angpa suma ni jenis x bermak bapak?


permainan

1st day balik kampung aritu, sedikit terkejut la jugak. sampai2 member duk becerita skang org duk menggila motor-croos. dalam ati aku, buruk punya buang tebiat main motor croos. hahah. petang nya, aku pergi la tengok2 org buang tebiat. woiii...dahsyat la jugak dia punya sambutan. pendek kata dh jadi satu habit dh skang ni, alek petang je,p men motor cross. usha punya ushar, bapak aku pun ada duk nengok jugak. mang xleh jadi ni.. petang tu jugak aku p beli ..


Friday 6 August 2010

musim buah

bermulanya musim buah. alhamdulillah, sekarang ini merupakan musim buah bagi kawasan jajahan mukim ulu cheka n termasuklah kawasan desa batu balai. buat masa ini, beberapa produk pokok kayu, sedang memuncak kemasakannya. dengar khabarnya, tidak semua kawasan tanaman yg menjadi pada tahun ini. bagi kawasan batu balai sendiri, musim tahun ini merupakan nikmat yg diberikan oleh Allah selepas hampir tiga tahun tanaman kayu, (buah kayu) tidak menjadi. syukur diatasnya. berikut antara harga pasaran rm/kg:

dokong Rm 1.30 -1.50
duku Rm 1.20 - 1.50
rambutan (anak sekolah) Rm 0.60
manggis Rm 0.70

*harga bagi setiap pembelian melebihi 100kg. biasanya yg dibayar oleh pemborong.pic, di update kemudian..

Tuesday 25 May 2010

cap ayam

berbekalkan sebuah jentera yg tidak pernah kecundang di medan peperangan, semestinya ia menjadi sebutan dalam kalangan warga rempit-rempit dunia khususnya. sebelum teslebih kata, izinkan hamba mencoret disini. jentera di atas merupakan jentera yg digunakan dalam setiap cup prix yg di anjurkan di malaysia khususnya dan di asia amnya. menjadi kebanggan rakyat jelata, sebuah jentera yg sudah berkarat ini mampu mengalahkan jentera-jentera yg bermodal besar as a petronas shell AHM dan sebagainya.hahaha

konggo land






kem of batu balai







zoo of batu balai

bagi mengisi masa yang terluang, sebaiknya hamba gunakanya untuk mengenali dengan lebih dengan apa yg ada di kampung hamba ini. berbekalkan sebuah canon dslr 100d yg di pinjam, hamba memulakan perjalanan. singgahan hamba yg pertama " kem of batu balai'' dengan penuh yakin bak sang hero pabila mendapat sebilah pedang, hamba mula mengshot. tembakan demi tembakan dan inilah hasilnya; semasa di Zoo Of Batu Balai..


murai batu

ayam poland

angsa burma..hehe

merpati singa

merak india


ayam mutiara


Saturday 20 February 2010

tanah

ladang pertanian...




Friday 19 February 2010

step forward

Assalamualaikum. Setelah tersedar dari igauan, akhirnya kembali jua mood untuk mencoret. Batu balai kembali. Alhamdulillah segalanya semakin bertambah, dari harta hinggalah ke anak-pinak. Syukur kepadaNya. Dalam beberapa hari yang lepas, 2 3 orang kerakyatan warga batu balai telah bertambah. Bermula dengan perkahwinan, imigran ada juga pertambahan secara natural. Dalam cuti sempena Chinese New Year yang lalu, ramai diantara warga batu balai mengambil kesempatan untuk mendirikan rumah tangga. Pun begitu, masih ramai yang memegang status sebagai ‘wajib’ untuk berkahwin. Seingat hamba, ada 3 perkahwinan berlangsung, sorila kalau-kalau tersalah kira. Dan ucapan tahniah kepada yang mendirikan rumahtangga. Tidak lupa jua kepada warga2 imigran dari oversea, tahniah jua kerana diizinkan tanpa kerelaan untuk menetap di bumi batu balai. Diingatkan, sila berangkat setelah selesai mencari rezeki.hehe... tahniah blako.




Friday 29 January 2010

darjah 4 punya cerita

Pagi itu pagi minggu.Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip.Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk.Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya.Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu yang letaknya 128 kilometer dari rumah.Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!".Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula.Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya.Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri.Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara.Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah.Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah.Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi.>mak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati.
Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi.Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati.Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.


Tuesday 5 January 2010

Aidil ADha