Thursday 8 October 2009

Sejarah Kampung Batu Balai

Assalamualaikum...aku kembali. ok kali ni aku nk storikan mengenai latar belakang batu balai. Secara ringkasnya kampung batu balai ini merupakan kampung ynag dibangunkan oleh imigran dari kelantan. Pada awal kedatangan imigran ini, kampung Batu Balai merupakan hutan belantara yang berlatar belakangkan harimau, tenuk rusa dll. Berdasarkan apa yang aku tahu, para imigran ini terdiri daripada golongan-golongan ulamak yang sangat disegani. Ada diantara mereka yang terdiri daripada keturunan ulamak negara hari ini. Dengan kedatangan ini, perkembangan dan pengaruh agama islam sedikit sebanyak mencorak kehidupan masyarakat Batu Balai. hal ini boleh dibuktikan pada hari ini yang mana corak masyarakat yang berpengang pada teras agama islam masih utuh. Pembukaaan kampung batu balai berkembang seiring dengan berkembangnya kuantiti masyarakat setempat. Pengaruh imigran kelantan yang membuka penempatan awal di Batu Balai masih lagi boleh dikesan hingga hari ini. masyarakat Batu Balai hari ini, dianggarkan 90% masyarakat melayu terdiri daripada mereka yang berketurunan atau menggunakan dialet kelantan. Tidak hairanlah kalau Batu Balai dianggap perkampungan kelantan tulen. Dari segi nama pula, menurut sejarah lisan Batu Balai diperoleh daripada batu yang terdapat pada dasar sungai Cheka atau lebih dikenali sungai Jambatan. Menurut cerita, dalam sungai tersebut mempunyai satu batu besar yang sangat unik. Hal ini kerana, batu tersebut sangat besar serta terdampar pada dasar sungai dan menyerupai balai menghadap seperti di Istana. Gabungan batu yang besar dan balai ini membentuk Batu Balai dan kekal sehingga hari ini. Daripada hutan belantara yang sememangnya sangat tebal, Kampung Batu Balai kini menjadi sebuah kampung yang dibangunkan seiring dengan keperluan semasa. Kalau satu hari dulu, pengangkutan air merupakan jalan utama untuk ke pekan, hari ini jalan berturap telah menggantikannya. Pada hemat saya, kampung batu balai merupakan kampung yang terjaga dari segi moral, dan pegangan hidup masyarakatnya...

bersambung...

2 comments:

Anti_Rasuah said...

tok tahu pulok bt balai ado blog.... Hahaha..keno wat promo di sejid ni. Anyway cograts bro.... Baru napok KG kito updated.... Maju selangkah ore kato.. Haha...kipidap!!!

Unknown said...

Maaf bertanya,😆tapi kenapa orang kelantan nak membangunkan kampung dekat negeri orang ? Saya tertanya-tanya☺ tak berniat untuk mengguris hati sesiapa☺